



Kelantan rampas tempat kedua
Oleh Khairul Anuar Samad, Rizar Mohd Noor dan Bashah Zainol Abidin
bhsukan@bharian.com.my
Perlis tewaskan Kedah 1-0, Negeri Sembilan terikat mata dengan Johor FC
DOMINASI hampir mutlak menyaksikan Kelantan melakar kemenangan meyakinkan 3-0 ke atas Johor di Stadium Sultan Mohd IV, sekali gus melonjak ke tangga kedua carta Liga Super, malam tadi.
Akmal Rizal Rakhli membuka tirai jaringan menerusi rembatan daripada dalam kawasan penalti yang gagal diselamatkan penjaga gol, Mohd Amrul, pada minit kedua sebelum Mohd Fadri Radzi menggandakan kelebihan untuk tuan rumah pada minit ke-49.
Indra Putra Mahayuddin memastikan kemenangan dalam genggaman Kelantan apabila meluru untuk paling pantas memanfaat bola muntah tampanan Mohd Amrul dan disudahkan dengan tampanan ke sasaran.
Di Stadium Darulaman, Kedah gagal memanfaat peluang beraksi dengan kelebihan seorang pemain menentang Perlis apabila dikejutkan jiran tetangganya itu 1-0 hasil jaringan tunggal Azrul Hamid pada minit ke-17.
Ia berpunca daripada gerak cantik di tengah padang untuk Amar Rohidan melakukan hantaran lintang yang ditanduk kemas Azrul ke sasaran. Perlis kemudian hilang Badrul Azam Zamri gara-gara kad merah kerana membantah keputusan pengadil, Wan Mohd Tarmizi Ibrahim.
Di Stadium JCorp, Johor FC mensesiakan peluang untuk melonjak ke tangga kedua selepas sekadar seri 1-1 dengan Negeri Sembilan.
Skuad kendalian Ramlan Rashid jelas menguasai permainan, tetapi mensesiakan beberapa peluang terhidang. Hanya pada minit ke-75, jaringan diperolehi menerusi Wan Rohaimi Ismail yang menanduk umpanan Mohd Khairul ke sasaran.
Namun harapan tiga mata itu berkecai apabila pemain gantian Negeri Sembilan, Norizam Salaman, menjaringkan gol penyamaan, tujuh minit sebelum tamat.



Mana semua peminat
2010/04/21
PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) mengakui bahawa mereka sendiri sudah tidak tahu apakah formula terbaik yang perlu dilaksanakan bagi menarik lebih ramai peminat datang menyaksikan perlawanan Liga-M.
Bagi skuad negeri, masalah itu mungkin tidak begitu ketara tetapi bagi kelab yang beraksi di dalam saingan Liga Super dan Liga Perdana, kehadiran penonton pada setiap perlawanan sangat menyedihkan.
“Saya mengakui perkara itu memang berlaku. Untuk perlawanan membabitkan pasukan negeri, jumlah penonton agak ramai tetapi apabila pasukan kelab beraksi, jumlah penonton boleh dibilang dengan jari saja.
“Kami di FAM sendiri sudah tidak tahu bagaimanakah cara terbaik untuk menarik lebih ramai penonton datang ke stadium.
“Kami faham banyak faktor yang menyumbang kepada kekurangan itu tetapi kami tidak mampu untuk mengatasinya,” kata Naib Presiden FAM, Datuk Che Mat Jusoh.
Antara punca yang disebut Che Mat ialah pertembungan jadual perlawanan Liga-M dengan perlawanan membabitkan pasukan di dalam Liga Perdana Inggeris dan peminat lebih cenderung untuk menyaksikan aksi kelab Inggeris berbanding liga tempatan.
Selain itu, kualiti yang dimiliki pemain serta pasukan yang bertanding di dalam Liga-M juga tidak mencapai tahap hingga membolehkan mereka digilai peminat tempatan dan Che Mat berkata faktor itulah yang paling menggerunkan badan induk kebangsaan itu.
“Secara ikhlas, memang itulah sebab utama mengapa jumlah penonton di stadium semakin berkurangan. Kami di FAM sedar dengan hakikat itu tetapi sampai sekarang, kita masih belum melahirkan pemain yang menjadi ikon kebanggaan bola sepak kita,” katanya.
Secara tidak langsung, apa yang diperkatakan Che Mat itu membawa nada serupa dengan apa yang pernah diluahkan bekas pemain kebangsaan, Reduan Abdullah yang mendakwa hingga kini kita masih belum mempunyai pemain yang boleh dianggap legenda suatu hari nanti.
“Memang kualiti pemain serta pasukan memainkan peranan penting untuk menarik kehadiran penyokong. Faktor lain yang turut memainkan peranan ialah kedudukan sesuatu pasukan itu di dalam liga.
“Jika mereka menduduki tangga teratas, pasti ramai penyokong yang hadir tetapi jika sekadar berada di pertengahan atau kelompok bawahan, jumlah penyokong pasti berkurangan,” katanya.
Belum masa bincang liga tahun depan
PERSATUAN Bola sepak Malaysia (FAM) akan berbincang mengenai perjalanan Liga Malaysia (LM) 2011 selepas semua pertandingan untuk musim 2010 berakhir.
Naib Presidennya Datuk Che Mat Jusoh berkata masih terlalu awal untuk membincangkan mengenai semua perkara kerana liga baru saja memasuki pusingan kedua.
“Sekarang Liga Super dan Liga Perdana kecuali Piala FAM baru saja memasuki pusingan kedua. Lepas tamat saingan Piala Malaysia, kita akan bincang perjalanan untuk LM 2011,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pertandingan Tempatan di Wisma FAM, Kelana Jaya, semalam.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kemungkinan membenarkan kembali penggunaan pemain import selepas diharamkan pada saingan LM mulai tahun lalu.
Perkara itu turut dibangkitkan Presiden Persatuan Bola sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa pada Ahad lalu.
Annuar berkata semua negara di Asia Tenggara mempunyai pemain import dalam liga masing-masing dan meminta FAM mengkaji cadangan itu agar prestasi pemain lebih meningkat dengan kehadiran pemain import.
Malah, Selangor yang beraksi pada saingan Piala Konfederasi Bola sepak Asia (AFC) tahun ini turut terkena ‘tempias’ berikutan ketiadaan pemain import apabila sekadar menduduki tempat ketiga daripada empat pasukan dan hanya mencatatkan satu kemenangan daripada enam perlawanan yang diharungi. - Bernama










budakjerantut wrote:games johor vs pahang bile nak bukak topic? ak dah lame dah x mengkomen ni..
Perak Kejutkan Selangor
Oleh Khairul Anuar Abd Samad, Hamid Salleh, Rizar Mohd Noor, Kamudin Baharom, Bashah Zainol Abidin, Azizan Hashim dan Petah Wazzan Iskandar
Pencabar terdekat, Kelantan rapat jurang selepas benam NS
TEMPOH rehat sebulan sempena Piala Dunia menjejaskan momentum pendahulu, Selangor yang kecundang kepada Perak 0-1 di Stadium Perak di Ipoh malam tadi.
Gergasi Merah yang belum tewas sejak kekalahan 4-0 kepada Terengganu di tempat lawan 23 Januari lalu, terpaksa akur tewas selepas 15 perlawanan tanpa kalah, kepada jaringan Mohd Nazri Kamal yang melepasi jangkauan penjaga gol, Mohd Hamsani Ahmad dan menerjah masuk pada minit ke-53.
Pencabar terdekat, Kelantan mengambil kesempatan di atas kegagalan Selangor itu untuk merapatkan jurang kepada lima mata dengan kemenangan 1-0 ke atas Negeri Sembilan di tempat sendiri menerusi jaringan Akmal Rizal Rakhli pada minit ke-73.
Di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, Terengganu meraih kemenangan 4-0 ke atas Johor FC bagi menghidupkan peluang menghambat dua pasukan teratas.
Di Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang kecundang 6-1 kepada T-Team dengan penyerang, Mohd Haris Safwan meledak empat gol pada minit ke-43, 53, 81 dan 90. Abdul Hadi Yahya menambah jaringan pelawat pada minit ke-67 diikuti Harizul Izuan Abu Rani (78) sementara gol sagu hati tuan rumah menerusi Khairzul Azri Jamal Haziq (82).
Di Stadium Tan Sri Hassan Yunus, Larkin, Johor melakar kemenangan kelima pada saingan liga untuk berusaha keluar daripada zon penyingkiran selepas menewaskan Pahang 2-0 menerusi sepakan penalti L Ragesh pada minit ke-18 diikuti bola lencong Mohd Fizol Hussain dua minit kemudian.
Di Stadium Utama Negeri di Kangar, Perlis tewas 0-1 kepada KL Plus hasil jaringan Nizaruddin Yusoff pada minit ke-44 manakala Kedah seri tanpa jaringan dengan Kuala Lumpur di Stadium Darulaman.









Liga Super Labuhkan Tirai
Oleh Norliza Wasilan, Azizan Hashim, Hamid Salleh, Bashah Zainol Abidin, Kamudin Baharom dan Rizar Mohd Noor
bhsukan@bharian.com.my
PENYERANG Terengganu, Mohd Ashaari Shamsuddin mengesahkan Kasut Emas sebagai penjaring terbanyak miliknya apabila melebarkan jumlah jaringan kepada 18 gol ketika menewaskan KL Plus 1-0 pada perlawanan penutup tirai Liga Super di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin, Kuala Terengganu malam tadi.
Terengganu yang kemenangannya tidak mampu mengubah kedudukan tangga ketiga di belakang juara, Selangor dan penghuni tangga kedua, Kelantan, membuka jaringan pada minit ke-34 apabila Mohd Ashaari merembat deras hantaran cantik Manaf Mamat.
Di Stadium Darul Aman, Kedah menggunakan kelebihan beraksi di gelanggang sendiri untuk menumpaskan juara, Selangor, 2-0 hasil jaringan Faizal Abu Bakar (m10) dan Baddrol Bakhtiar (m70) untuk melonjak ke tangga keenam.
Di Stadium Utama Negeri, Kangar, Perlis menundukkan Negeri Sembilan 2-0 hasil jaringan Ahmad Aminuddin Shahruddin (m31) dan Mohd Azrul Ahmad yang menyempurnakan sepakan penalti selepas pertahanan pelawat, Mohd Shukor Adan menjatuhkan Mohd Faiz Subri pada minit ke-49.
Di Stadium Darulmakmur, tuan rumah Pahang mengutip tiga mata terakhir selepas menewaskan penghuni tangga keempat, Johor FC 3-0, dan berjaya memintas KL Plus untuk menamatkan saingan musim ini di tangga kelapan.
Di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kelantan berdepan saingan sengit bertemu pasukan jiran, T-Team untuk keputusan 0-0. T-Team turun satu tangga dengan 27 mata bagi menamatkan saingan di tangga ketujuh selepas dipintas Kedah.
Di Stadium Tan Sri Hassan Yunus, tuan rumah Johor yang menghuni tangga kedua tercorot terus malang apabila ditewaskan Kuala Lumpur 1-0 manakala di Stadium Perak, tuan rumah membelasah pasukan tercorot Pulau Pinang 4-0 untuk memintas Kuala Lumpur di tangga ke-10.
epit wrote:kelantan bolos paling sikit.. 14 gol sahaja..
bnyk jugak beza tuh dgn team lain..
pahang kena sampai 50..
lbh kurang jek dgn 2 team yang kena relegate..
kena perbaiki segera..
peju1 wrote:Giliran Kelate & Ganu menguasai bola sepak tanah air......satu lagi team Pantai Timur..
Pahang lesu...ekekeke...


KAMALDINI wrote:peju1 wrote:Giliran Kelate & Ganu menguasai bola sepak tanah air......satu lagi team Pantai Timur..
Pahang lesu...ekekeke...
manada lesu peju
kan no 8 tu dah bagus (wlpun spatutnya kite juara liga perdana thn ni..)..ekeke
ok la tu..dr thn lepas..ekeke
peju1 wrote:KAMALDINI wrote:peju1 wrote:Giliran Kelate & Ganu menguasai bola sepak tanah air......satu lagi team Pantai Timur..
Pahang lesu...ekekeke...
manada lesu peju
kan no 8 tu dah bagus (wlpun spatutnya kite juara liga perdana thn ni..)..ekeke
ok la tu..dr thn lepas..ekeke
Jgn pandang rendah pade team Felda United and Sabah...rasenya kalau Pahang duk dlm group ni dlm PM nanti belum tentu lepas...
PS : Bukan nak rendahkan Pahang dan players, tapi dgn performance yg x konsisten...Boleh mng 3 - 0 ngan team tempat keempat lepas tu boleh kene belasoh 5 - 0 dgn team tempat ke lima....

Users browsing this forum: No registered users and 1 guest